
25 Februari 2025, Selasa, Daerah Tutong - Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-41 Tahun, Tahun 2025, Jabatan Ukur telah mengadakan Eksplorasi GPS di Bukit Amboq, Tutong. Objektif acara diadakan ialah bagi menyemarakkan keharmonian dan mewujudkan masyarakat bersatu padu.


Aktiviti eksplorasi ini melibatkan sukan hiking serta penandaan 41 point GPS menggunakan hand-held GPS di sekitar kawasan Bukit Amboq, Tutong. 41 point GPS adalah bersempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan ke-41 Negara Brunei Darussalam, tahun 2025.
Seramai 43 orang pegawai dan kakitangan Jabatan telah mengikuti acara tersebut.